September 7, 2010
English | Bahasa Malaysia | 中文
 
 
 
 

 

 
 
KONTROVERSI
 
Saiz Teks A A A
 

 
 

2009

Kerajaan Negeri Perak telah meluluskan secara prinsipnya pembinaan sistem kereta kabel bernilai RM 60 Juta di Bukit Larut Taiping. Kontrak akan diberikan kepada satu syarikat ¡°yang mempunyai rekod pencapaian yang baik¡± dan projek ini tidak akan menganggu keadaan semulajadi di sekitar Bukit Larut. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Awam, Nga Kor Ming berkata projek ini telahpun mendapat sokongan daripada WWF dan Jabatan Alam Sekitar (JAS). Seorang pengunjung kini hanya akan mengambil masa 11 minit untuk sampai ke puncak 1,250 m pusat peranginan ini, berbanding 30 minit dengan kenderaaan pacuan 4 roda (Land Rover) milik kerajaan melalui 13 km jalan. ¡°Kereta kabel ini akan di bina untuk 5 hingga 6 km dan mempunyai 26 kereta kabel dalam fasa 1 seterusnya 46 kereta kabel untuk fasa 2 yang akan membawa kira-kira 1000 pengunjung." (diterjemah daripada NST, Jan 15)


   Senarai Mamalia yang dalam bahaya.

Sila rujuk pada kontroversi di 2007, kos pembinaan serta kapasiti rekabentuk adalah sama, tetapi Nga berkata ia adalah projek baru. Penduduk Taiping serta rakyat Malaysia bukanlah buta. WWF juga tidak menyokong projek ini. Jabatan Alam Sekitar (JAS) tidak mempunyai peruntukkan undang-undang kerana projek ini kurang daripada 50 hektar. Perbincangan kami dengan JAS, hanya membawa kesimpulan, ¡®kami tidak mempunyai kuasa untuk meminta DEIA (Detailed Environment Impact Assessment C Kajian Impak kepada Alam Sekitar Terperinci) untuk dijalankan, maka kelulusan adalah disebabkan undang-undang yang tidak ketat sama seperti kejadian di BUKIT ANTARABANGSA.


2007

Pengerusi Utiliti dan Infrastruktur Awan, Datuk Ho Cheng Wang berkata keputusan akhir adalah selepas perbincangan dengan syarikat berkenaan. (diterjemah daripada The Star, Ogos 5)

Kerajaan Negeri Perak akan menentukan samaada Bukit Larut boleh menampung jumlah pengunjung yang banyak. Sebelum membenarkan projek kereta kabel ini. Satu syarikat persendirian yang menguruskan projek kereta kabel di Langkawi, telah menunjukkan minat yang sama untuk Bukit Larut tetapi, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Tajol Rosli Ghazali berkata kerajaan negeri mesti melihat kepada pelan ini samaada boleh menampung kos. --- Tajol Rosli berkata syarikat itu memberitahu beliau bahawa kos projek ini adalah dalam lingkungan RM 60 million. (diterjemah daripada The Star, May 6)


1997

Ini merupakan tahun semuanya bermula. Satu projek bernilai RM 200 Juta untuk membangunkan (menusnahkan) Bukit Larut disediakan. Selepas pengumuman ini banyak isu yang bermula. Isu-isu ini mula dibangkitkan oleh Persatuan Pengguna Taiping serta ERA Consumer. Sekarang FOMCA meneruskan perjuangan kedua-dua organisasi ini. Kami juga telah menerbitkan buku mengenai Kajian Ekologi pada 1997. Walaubagaimanapun, sehingga kini tidak seorang Ahli Dewan Undangan Negeri PErak memahami maklumat dalam buku ini. Kami juga dalam proses menterjemahkan buku ini dalam Bahasa Malaysia.



 
 
 
 
Jumlah Pelawat
83298
 
   
 
Best viewed with Internet Explorer 7.0, Firefox 1.5 and above and Google Chrome Beta.