September 7, 2010
English | Bahasa Malaysia | 中文
 
 
 
 

 

 
 
MEMORANDUM
 
Saiz Teks A A A
 

 
 

Cadangan Pembinaan kereta kabel di Bukit Larut dihidupkan kembali oleh kerajaan baru. Dari tahun 1997, FOMCA telah membantah sebarang pembangunan di Bukit Larut yang boleh memudaratkan keadaan semulajadinya. Pada masa yang sama FOMCA bersama-sama WWF Malaysia telah menjalankan satu kajian ekologi di Bukit Larut dan dapat membuktikan projek sebegini dapat memusnahkan ekosistem di Bukit Larut.

Gabungan Persatuan-Persatuan Penguna-Pengguna Malaysia ingin menuntut hak rakyat Taiping khususnya dan rakyat Malaysia amnya sebagai pengguna untuk mendapatkan persekitaran yang bersih dan selesa untuk hidup. Projek pembangunan terhadap khazanah alam seperti Bukit Larut yang diiktiraf oleh Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan dan badan-badan antarabangsa tidak sepatutnya berlaku. Hutan simpanan hanya boleh digunakan untuk tujuan penyelidikan dan pembelajaran.

Pihak kerajaan negeri telahpun diberikan memorandum sebegini untuk membantah projek kereta kabel sebegini yang dicadangkan sebelum ini. Apabila seluruh masyarakat dunia bimbang akan kesan pemanasan global kepada kehidupan kita. Cadangan pembinaan kereta kabel di Bukit Larut, seolah-olah ingin mengambil risiko tanpa mengkaji kesannya kepada alam sekitar Bukit Larut.

Kerajaan Negeri Perak telahpun diingatkan berkali-kali akan kesensitifan ekosistem di Bukit Larut dan kesannya kepada flora dan fauna serta kawasan tadahan air. Adalah menjadi tanggungjawab sesuatu kerajaan untuk memastikan ekosistem ini dijaga dan kekalkan untuk manfaat generasi akan datang.

Setiap kerajaan berperanan untuk menjaga kepentingan masa depan masyarakat. Jangan menghancurkan khazanah rakyat Taiping.

Untuk membaca salinan memorandum sepenuhnya, sila klik di sini.



 
 
 
 
Jumlah Pelawat
83289
 
   
 
Best viewed with Internet Explorer 7.0, Firefox 1.5 and above and Google Chrome Beta.